·
Atur setiap perjalanan anda agar anda tidak
keseorangan jika berlaku sesuatu perkara. Route Planning. Sentiasa bercakap dengan keluarga dan
sahabat yang anda percayai tentang ke mana dan dengan siapa anda keluar.
.
·
Jangan berpakaian atau bersolek dengan melampaui
batas (terlalu seksi dan terlalu
menonjol) dan tak kena dengan lokasi situasi dan masa. Elakkan juga pakai
sesuatu yang terlalu wangi, ini kerana tiap lelaki mempunyai ‘trigger’ nafsu
yang berlainan. Senang kata, jangan cuba
tarik perhatian sangat. Anda bukan
sahaja tarik perhatian mereka, tetapi nafsu mereka juga. Keep a low profile. - Dan
bersedia.
·
Elakkan dari berseorangan di tempat-tempat sunyi
seperti basement parking kereta dan
sebagainya. - Dan bersedia.
Jangan senang mempercayai orang yang tidak anda kenali. (walaupun anda memang tahu, tapi saya ingatkan sekali lagi) - Dan bersedia.
Jangan senang mempercayai orang yang tidak anda kenali. (walaupun anda memang tahu, tapi saya ingatkan sekali lagi) - Dan bersedia.
·
Jika ada yang menelefon atau menghubungi anda
melalui Chat internet dan sebagainya, ataupun seseorang mengetuk dan bertanya dari luar pintu rumah – Jangan
sesekali mengaku yang anda sedang bersendirian. Walaupun yang bercakap itu
adalah Rider Delivery Fast Food. Anda juga diingatkan jangan sesekali membuat
update status di mana-mana laman web sosial yang mengatakan anda sedang
berseorangan di rumah. Ini adalah jemputan untuk dirogol.
·
Amat berisiko untuk menerima pelawaan seseorang yang anda
baru sahaja kenal lalu menghantar anda pulang ke rumah. Kalau tak sampai
rumah macamana?
·
Perhatikan gerak geri seseorang itu. Perubahan
emosi, pergerakkan perbualan dan nada suara mereka dapat membantu anda menilai
tindakan yang mungkin dia akan cuba lakukan terhadap anda selepas ini. - Dan bersedia!
·
Sentiasa memrhati keadaan sekeliling untuk
mencari sesuatu yang boleh dijadikan halangan dan senjata untuk menghadapi
penyerang itu - Dan bersedia!
·
Sentiasa mengkaji persekitaran sekeliling untuk
mencari jalan keluar dari kawasan konflik itu dengan cepat mudah dan selamat.. Jika anda ada peluang awal untuk melarikan dan menyelamatkan diri, Gunakan Peluang itu! - Dan
bersedia!
JERIT! Jerit dan buat satu kekecohan yang amat melampau jika dia mula cuba untuk menyerang anda. Jerit untuk meminta bantuan. Jerit sekuat hati. Mungkin dengan itu, dia akan akan terkejut lalmembatalkan niatnya untuk menyerang dan merogol anda.
JERIT! Jerit dan buat satu kekecohan yang amat melampau jika dia mula cuba untuk menyerang anda. Jerit untuk meminta bantuan. Jerit sekuat hati. Mungkin dengan itu, dia akan akan terkejut lalmembatalkan niatnya untuk menyerang dan merogol anda.
· SERANG! Serangbalas jika dia mula menerkam dan menyerang anda. Namun jika anda terpaksa menyerang balas penyerang
itu, pastikan sehingga dia tidak terdaya untuk mengejar anda atau menyerang
anda sekali lagi. All out & dan pastikan ianya efektif. Jangan main
tampar-tampar aje. Anda sedang bertarung untuk nyawa maruah dan harta benda
anda. Dan pada waktu ini, tiada seorang pun yang boleh menolong anda kecuali
diri anda sendiri! Kemudian, Cepat-cepat beredar dari kawasan konflik dan pergi
minta bantuan secepat mungkin.
·
Jika anda telah menjadi mangsa serangan seksual,
hubungi polis dengan segera. Walaupun agak memalukan, tapi Jangan mandi atau
menukar pakaian anda kerana ianya boleh memusnahkan bukti seperti rambut, bulu, air
liur, darah dan air mani penyerang.
disediakan oleh AZMANNAIM44
disediakan oleh AZMANNAIM44