intro header

AMARAN
Blog Ini Bukanlah Blog Celoteh, Gosip, Politik atau sebagainya! Blog ini memaparkan isu-isu dan TIPS-TIPS KESELAMATAN DAN PERTAHANAN DIRI dengan cara yang mudah dan minimalis untuk kita jadikan panduan bagi mengharungi kehidupan seharian DI BUMI YANG SEMAKIN KEJAM ini.
KEJAM? Ya! Mungkin anda sedang berada dalam Zon Selamat anda, tapi apabila Zon Selamat itu bertukar menjadi Zon Selesa, maka akan wujudnya sifat LEKA dan ALPA yang akan membawa kepada PETAKA.
NAMUN, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA
"Aku bukan PARANOID, Aku cuma inginTERUS HIDUP"
Web Counter
Visitors Since August 1 2011

nuffnang

Wednesday, December 25, 2013

APA NAK BUAT? JIKA KERETA TERHUMBAN DALAM AIR, ANDA TERPERANGKAP DI DALAM!


Anda pernah terbayang menghadapi masalah ini? Macamana caranya yang sebenar untuk mengatasi masalah ini? Apakah teknik sebenar untuk memecahkan cermin kereta anda dari dalam kereta?

Tontoni video ini

video

Thursday, November 21, 2013

URBAN LEGEND VILLA NABILA JOHOR BAHRU

Setelah beberapa hati baru saya siap artikel ini.

Apa yang saya tulis berkenaan dengan Villa itu?

- Sejarah Saya dan Tempat Itu
- Mengapa Saya Ke Sana
- Lokasi dan Sejarah
- Pengalaman dan Kenangan diri sendiri
- Para Penghuni tempat itu
- Bahaya atau Tidak tempat itu.

Dan lain-lain perkara.

Saya meletakkan link artikel itu di sini adalah kerana ianya masih ada berkaitan dengan Kewaspadaan dan Keselamatan Diri.

Jika anda benar ingin tahu apa yang saya lalui. Silakan baca.

MONOLOG MANTRA : BUDAK HILANG DI VILLA NABILA : SATU MONOLOG KENANGANKU

Thursday, November 14, 2013

SEMENTARA WAKTU..

Assalamualaikum. Dah lama saya tak menulis di dalam blog ini.
Masih banyak lagi bab-bab yang tergantung. Insyallah akan diteruskan.

Saya sedang giat menulis di beberapa blog termasuklah blog peribadi saya sendiri. Ianya lebih pada bentuk bebelan sendiri atau monolog yang tiada asas atau skop spesifik. Nak tulis apa, tulis. Amat berlainan dengan blog Terus Hidup ni.

Maka saya jemput rakan-rakan ke Blog Saya yang satu lagi:-

Monolog Mantra

Monolog Mantra - Tembak Tembak Tembak

Masih ada juga cerita keselamatan sikit-
Sikit tapi ianya bukanlab satu blog rujukan seperti blog ini.

Blog ini hanya update jika ada bahan rujukan yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan diri, seperti awal yang saya katakan dulu.

Maka diharap anda dapat bersama saya di blog yang baru. Walaupun merepek. Hahaha.

Sentiasa bersedia dan Terus Hidup!

Thursday, November 8, 2012

TIPS KAUM HAWA : CARA MENGELAK DAN MENANGANI SERANGAN SEKSUAL ( RINGKASAN )



·         Atur setiap perjalanan anda agar anda tidak keseorangan jika berlaku sesuatu perkara. Route Planning. Sentiasa bercakap dengan keluarga dan sahabat yang anda percayai tentang ke mana dan dengan siapa anda keluar. 
.
·         Jangan berpakaian atau bersolek dengan melampaui batas  (terlalu seksi dan terlalu menonjol) dan tak kena dengan lokasi situasi dan masa. Elakkan juga pakai sesuatu yang terlalu wangi, ini kerana tiap lelaki mempunyai ‘trigger’ nafsu yang berlainan.  Senang kata, jangan cuba tarik perhatian sangat.  Anda bukan sahaja tarik perhatian mereka, tetapi nafsu mereka juga. Keep a low profile. - Dan bersedia.

·         Elakkan dari berseorangan di tempat-tempat sunyi seperti  basement parking kereta dan sebagainya. - Dan bersedia.

      Jangan senang mempercayai orang yang tidak anda kenali. (walaupun anda memang tahu, tapi saya ingatkan sekali lagi) - Dan bersedia.


·         Jika ada yang menelefon atau menghubungi anda melalui Chat internet dan sebagainya, ataupun seseorang mengetuk dan  bertanya dari luar pintu rumah – Jangan sesekali mengaku yang anda sedang bersendirian. Walaupun yang bercakap itu adalah Rider Delivery Fast Food. Anda juga diingatkan jangan sesekali membuat update status di mana-mana laman web sosial yang mengatakan anda sedang berseorangan di rumah. Ini adalah jemputan untuk dirogol.

·         Amat berisiko untuk menerima pelawaan seseorang yang anda baru sahaja kenal lalu menghantar anda pulang ke rumah. Kalau tak sampai rumah macamana?

·         Perhatikan gerak geri seseorang itu. Perubahan emosi, pergerakkan perbualan dan nada suara mereka dapat membantu anda menilai tindakan yang mungkin dia akan cuba lakukan terhadap anda selepas ini. - Dan bersedia!

·         Sentiasa memrhati keadaan sekeliling untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan halangan dan senjata untuk menghadapi penyerang itu - Dan bersedia!

·         Sentiasa mengkaji persekitaran sekeliling untuk mencari jalan keluar dari kawasan konflik itu dengan cepat mudah dan selamat.. Jika anda ada peluang awal untuk melarikan dan menyelamatkan diri, Gunakan Peluang itu! - Dan bersedia!

           JERIT! Jerit dan buat satu kekecohan yang amat melampau jika dia mula cuba untuk menyerang anda. Jerit untuk meminta bantuan. Jerit sekuat hati. Mungkin dengan itu, dia akan akan terkejut lalmembatalkan niatnya untuk menyerang dan merogol anda.

·         SERANG! Serangbalas jika dia mula menerkam dan menyerang anda. Namun jika anda terpaksa menyerang balas penyerang itu, pastikan sehingga dia tidak terdaya untuk mengejar anda atau menyerang anda sekali lagi. All out & dan pastikan ianya efektif. Jangan main tampar-tampar aje. Anda sedang bertarung untuk nyawa maruah dan harta benda anda. Dan pada waktu ini, tiada seorang pun yang boleh menolong anda kecuali diri anda sendiri! Kemudian, Cepat-cepat beredar dari kawasan konflik dan pergi minta bantuan secepat mungkin.

·         Jika anda telah menjadi mangsa serangan seksual, hubungi polis dengan segera. Walaupun agak memalukan, tapi Jangan mandi atau menukar pakaian anda kerana ianya boleh memusnahkan bukti seperti rambut, bulu, air liur, darah dan air mani penyerang. 


disediakan oleh AZMANNAIM44




Monday, November 5, 2012

APA NAK BUAT JIKA DISERANG ANJING?


APA NAK BUAT JIKA DISERANG ANJING?

Seekor anjing telah menyerang anda dan membuat satu gigitan yang kuat  - ianya takkan melepaskan anda begitu sahaja. Lagi kuat anda melawan dan meronta, lagi kuat cengkaman giginya tertanam menembusi daging dan tulang anda. Anda dalam keadaan terkejut takut dan sakit disamping ceder yang makin parah dan mungkin semakin banyak kehilangan darah (jika terkena pada arteri tertentu)

FOKUS.

Diam dan Berhenti meronta seketika. Jangan buat DIRECT EYE CONTACT dengan anjing itu. Kenalpasti di tempat manakah anda digigit dan apakah urat atau sendi penting di situ. Dengan perlahan, betulkan posisi anda untuk mengelakkan diri anda daripada terjatuh atau menjadi posisi yg lebih teruk dari keadaan anda pada saat ini. Bernafas, dengan tenang dan perlahan. Lawan kesakitan itu dengan memikirkan atau mengingat suatu kesakitan yang jauh lebih teruk daripada kesakitan ini.
** jika anda bernasib baik, anjing itu akan melepaskan anda kerana ia menganggap anda bukanlah satu ancaman baginya. kerana anjing secara normalnya menggigit manusia bukan sebab lapar atau nak membunuh untuk makan, tapi kerana rasa terancam dan diancam.

SERANGBALAS

Anda mempunyai 4 set senjata (2 kaki, 2 tangan). jika satu tangan telah dibaham, anda masih ada 3 set senjata, berbanding anjing yang senjata utamanya hanyalah Gigitannya. Dinasihatkan anda menggunakan tangan jika ianya tidak menyulitkan keadaan. (ingat, anda masih ada kaki). Mengapa saya tidak nasihatkan menggunakan kaki? kerana kaki adalah pendukung dan pengimbang titik graviti anda. Jika anda menyerang dengan kaki tetapi gagal kemudian terjatuh pula, anda akan lebih teruk dibaham dan diserang.
   Tumpukan serangan bertubi-tubi anda pada kawasan:-

1) Hidung (hidung adalah satu tempat yang lebut dan sensitif. Urat yang berada dihidung berkait rapat dengan mata mulut telinga dan otak. Satu hentakan yang kuat di kawasan hidung akan membuatkan anjing itu terkejut sakit dan terlepas gigitannya) UTAMAKAN KAWASAN HIDUNG UNTUK DILEPASKAN DARI GIGITAN.

2) Mata (Boleh membutakan jika dicekah atau dicucuk. Ianya dapat menyusahkan anjing untuk mencari anda selepas dia terlepas sekejap gigitannya. mata terkebil-kebil, nak kejar anda balik pun susah)

3) Telinga *lubang telinga* (Tampar, Hentak atau guna tapak tangan. Boleh menyebabkan anjing itu 'pening mabuk dan sakit' kerana dalam telinga ada sesuatu yang bertindak seperti 'stabilizer' dalam kepala. tak caya cuba tampar telinga korang sendiri.)
--Serangbalas ini lebih bagus dibuat dengan satu SERGAHAN atau PEKIKAN atau JERITAN kepada anjing itu, ini membuatkan ia terkejut akibat disergah tiba-tiba (kerana tadi kita rilek dan diam), dan sakit akibat dihentak.

           *JANGAN-
*Jangan Hentak kepala/tengkorak anjing itu sebab keras. kurang efektif. buat sakit tangan dan makin buat anjing tu marah.
*Jangan Cuba bukak mulut anjing itu dengan cara memegang & menarik gigi nya dengan tapak tangan dan jari kita. (ala macam kopek durian)  Ini hanya akan melukakan jari dan tapak tangan anda (yang asalnya mungkin tidak luka akibat diserang) akibat terkena gigi dan taring anjing itu.

SELAMATKAN DIRI

Berlari bergerak keluar meninggalkan zon bahaya tadi, dikhuatiri anjing itu akan terus menyerang balik atau anjing itu panggil member yang lain untuk 'keropok' anda beramai-ramai. Sentiasa sedar ke arah mana anda lari. Jangan main lari aje, rupanya masuk ke tempat yang lebih bahaya. Nada perlu lari, tak kiralah kaki anda teruk macamana pun digigit. LARI. Berlari sambil mata awas mencari senjata lain seperti kayu batu batang besi dll dan mencari tempat perlindungan seperti kedai, rumah orang, dan sbgnya atau terus berlari pulang menyelamatkan diri. Jika anda sesuatu yang memberatkan dan melecehkan pergerakkan dan kelajuan anda, sila tinggalkan sahaja. Keselamatan & Kesihatan anda lebih penting. Pergi ke Hospital dan Klinik secepat mungkin kerana dikhuatiri air liur anjing tadi yang menggigit anda sehingga cedera adalah air liur yang berkuman, kuman yang boleh menyebabkan penyakit serius, lebi=lebih lagi gigitan Anjing Gila. Pergi check up, kasi injek.

**kaedah ini juga boleh digunapakai pada kebanyakan binatang buas yang bersifat membaham atau menggigit taknak lepas seperti buaya, harimau, singa, beruang dan sebagainya.

ini adalah tutorial ringkas, ianya boleh diperkembangkan dan diperkemaskan lagi mengikut keadaan. Perbincangan dan cadangan adalah amat digalakkan.


Sunday, August 7, 2011

SERI NAJWA FERDA BT HASAN HILANG !! ( SEMBOYAN )

!!SEMBOYAN!!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



















BUDAK HILANG DAN DIPERCAYAI DICULIK

Pada : 04/08/11 

Kawasan :Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak

Nama : Seri Najwa Ferda Bt. Hassan
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 156cm

Kepada sesiapa yg ternampak atau memiliki info sila hubung

Puan Seri Wangi (Ibu) - 017-5999137
Ameerul (Abang) - 017-5351451
Sarjan Norhisham - 019-5162896
Adzam Anuar (Bapa Saudara) - klik untuk ke profile FB 

Atau anda boleh menghubungi mana-mana Balai Polis yang berdekatan

Kerjasama anda semua amat diharapkan dan dihargai. Bayangkan jika ahli keluarga atau kenalan anda hilang seperti dia? apakah yang anda akan lakukan?

Untuk menyebarkan imej dan post ini di facebook, sila klik sini kemudian share imej ini di profile, page, mahupun group.

>macam macam dunia sekarang ni - 44






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...