intro header

AMARAN
Blog Ini Bukanlah Blog Celoteh, Gosip, Politik atau sebagainya! Blog ini memaparkan isu-isu dan TIPS-TIPS KESELAMATAN DAN PERTAHANAN DIRI dengan cara yang mudah dan minimalis untuk kita jadikan panduan bagi mengharungi kehidupan seharian DI BUMI YANG SEMAKIN KEJAM ini.
KEJAM? Ya! Mungkin anda sedang berada dalam Zon Selamat anda, tapi apabila Zon Selamat itu bertukar menjadi Zon Selesa, maka akan wujudnya sifat LEKA dan ALPA yang akan membawa kepada PETAKA.
NAMUN, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA
"Aku bukan PARANOID, Aku cuma inginTERUS HIDUP"
Web Counter
Visitors Since August 1 2011

nuffnang

Thursday, August 4, 2011

AWALUL KALAM - PEMBUKAAN BLOG TERUS HIDUP


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN KU BAGINDA MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

          Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia rezeki , ilmu, hidayah dan lingunganNya, dapatlah saya menulis blog ini. Tidaklah keberatan mahupun keterlaluan untuk saya memulakannya dengan serangkap dua pantun ( kerana saya tak tau nak tulis apa.. hahaha )

Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah,
Panglima segala Panglima, Khalifah segala Khalifah,
Izinkan Hamba bernukil dan bermadah
Berkongsi ilmu dan memohon Hidayah – Insyallah

Rela Ku rempuh Onak Dan Duri,
Asalkan dapat si bunga Melati
TERUS-HIDUP namanya diberi,
Moga esok lebih berarti.

JIka Tuan ingin mencari Ikan,
Izinkan Hamba Meminjamkan Joran,
Sejahtera Diri Wajib Pertahankan,
Ilmu dan Pengalaman dijadikan Ukuran

 Awan nan gelap berlalu lah sudah,
Tidak ku tahu kembalinya, Entah
Datang petaka, Insya Allah kan ku Redah
Membujur kan Lalu, Melintang kan Patah

          Blog ini bukanlah blog Gosip Artis dan Hiburan, Celoteh tabloid , Politik, mahupun Porno. BUKAN! Secara dasarnya TERUS-HIDUP adalah blog yang berkaitan dengan Langkah-langkah keselamatan diri 
mengikut situasi, Urban Survival, Survival Gadget Review dan yang berkatian dengannya. 

                Blog ini amat sesuai untuk semua orang Lelaki Perempuan Tua Muda Miskin Kaya - UMUM ( bak kata Finas ), Khususnya kepada mereka yang tiada asas pertahanan dan keselamatan diri. Anda tidak perlu ada Tali Pinggang Hitam berbakul mahupun pelbagai jenis senjata api untuk pertahankan diri anda. ( Jika ada, lagi bagus! Tahniah untuk anda! ) Anda perlu mempunyai sifat peka, ingin tahu dan bersedia terhadap segala kemungkinan, untuk permulaan.

Secara jujur, saya mengambil masa yang amat lama untuk menyiapkan blog ini kerana setiap post saya perlu membuat rujukan yang agak lama dan mendalam. ( kurang minat copy n paste ) Maka saya harap anda semua dapat memanafaatkan segala apa yang ada dalam blog ini. Saya amat memerlukan feedback dari anda semua kerana ilmu survival konflik amatlah luas dan senarionya amat subjektif dan berbeza-beza maka tidaklah dapat saya menulis segala-galanya di sini.

Ramai diantara rakan-rakan bertanya, mengapa saya menulis blog spisis ini. Saya jawab : “ JIKA SAYA MENULIS, BIARLAH PENULISAN SAYA ITU DAPAT MENGUBAH HIDUP SESEORANG “ Segala apa yang ditulis dalam blog ini adalah dari hasil pembelajaran secara formal dan tidak formal, dan dari pengalaman saya sendiri. Mungkin tidak ada ‘frequent post’ atau setiap masa setiap waktu ada post. Kerana saya ulangi – blog ini bukanlah blog tabloid.

Sekadar beberapa contoh kes.
        Dewasa kini kita sering terdengar kes-kes jenayah yang membabitkan kekerasan seperti samun, ragut, rogol, bunuh dan sebagainya. Saya akui, Negara kita adalah Negara yang aman tetapi perlu ingat bahawa manusia adalah satu spisis yang sukar untuk diduga tabiatnya. Buka saja dada akhbar, mesti ada saja berita yang kurang menyenangkan kita. Apakah persediaan anda? Polis? Pihak Berkuasa? Benar, PDRM dan mana-mana agensi keselamatan yang lain amat berdedikasi melaksanakan tugasan mereka. Tetapi adakah kita perlu bergantung 100% pada mereka semata-mata? Maka apa gunanya diri kita sendiri? Bagaimana jika anda seorang diri , dikepung oleh 5 orang yang bersenjatakan parang yang ingin menyamun, merompak, merogol dan membunuh anda di satu sudut yang sulit dan terpencil? Masih nak mengharapkan Polis? Zaman sekarang, Segalanya boleh berlaku. Hujan mahupun Panas esok hari, kita sendiri tidak tahu.

-----* kesedaran adalah satu bentuk rahmat dan hidayah

Gaya Bahasa dan Penulisan - Saya terangkan terlebih dahulu bahawa saya bukanlah seorang yang pakar sangat pasal bahasa. Bahasa dan Tatabahasa saya memang tunggang langgang. Saya menggunakan Bahasa Melayu yang bertahap Bahasa Rojak dan Bahasa Pasar ( dan mungkin ada Bahasa Kesat, hahaha ), agar senang dan tidak bosan macam buku teks sekolah apabila dibaca, maka janganlah dipertikai tentang bahasa saya kerana saya sedar, bahasa dan budi bahasa saya teruk.. dan mengarut. Nak bahasa skema? Pergi baca buku sekolah! Nak bahasa sastera? Baca buku SN A . SAMAD SAID. Hihihih

BERIKUT ADALAH SENARAI RINGKASAN DAN KOD YANG MUNGKIN AKAN DISIARKAN DAN DIGUNAKAN OLEH PIHAK KAMI DI DALAM BLOG DAN FANPAGE.

O.P ( Official Post ) - Sesuatu entri/post yang dijadikan modul atau rujukan rasmi yang boleh digunakan dan dibincangkan secara ilmiah pada masa akan datang.

U.P ( Unofficial Post ) - Sesuatu entri/post yang bersifat bukan ilmiah dan rujukan. Ianya akan digunakan untuk memberitahu aktiviti kami sebagai penulis.

SEMBOYAN - Informasi penting semasa yang perlu diambil perhatian dan perlu disebarkan/direspon dengan cepat. Cth : Pengumuman Bencana, Perang, Jenayah, Kehilangan dll

FYI - Satu entri ringkas tentang sesuatu ulasan sesebuah berita mahupun info yang pelik, jarang didengar dan 'rare' namun penting.

TEST - Entri/post cubaan, lebih-lebih lagi jika kami sedang membuat ujian teknikal dan sedang merombakrawat Blog.


Amaran - Saya ingin mengingatkan dan memberi amaran kepada anda bahawa ada sesetengah tutorial dalam blog ini amat merbahaya dan ada sesetengah darinya boleh mencederakan, mencacatkan dan membunuh. Saya sebagai penulis tidak bertanggungjawab atas segala bentuk penyalahgunaan ilmu yang anda mungkin/telah/sedang lakukan. Setiap ilmu datangnya dengan amanah. Maka jagalah amanah ini sebaiknya.

Hakcipta – Saya sebagai penulis dan pemilik blog ini mengingatkan bahawa segala Hakcipta saya adalah terpelihara kerana penulisan saya adalah harta intelek saya. Saya membenarkan mana-mana post saya ini dikongsi, tanpa tuntutan royalty dari saya hanya di alam internet sahaja  ( blog, facebook, twitter, wordpress, myspace, dll ) tanpa dimanipulasi menjadi sesuatu yang boleh merosakkan mesej post, imej blog dan maruah diri saya. Jika ada hal berkaitan dengan percetakkan terhadap mana-mana post mahupun gambar secara komersial, maka perlulah diberitahu pada saya terlebih dahulu. Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar syarat-syarat itu. Siyes.

Akhirkata, saya berharap anda dapat memanafaatkan isi blog ini. Saya berusaha sedia upaya untuk memberikan yang terbaik untuk anda. Segala pertanyaan bolehlah anda ajukan kepada saya di FB Fanpage Terus Hidup, Email saya dan juga di inbox FB saya.

Sekian, Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada anda kerana sudi bersama blog ini. Assalamualaikum w.b.t

PARANOID? TIDAK. AKU HANYA INGIN TERUS HIDUP

AZMAN NAIM
44


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...