intro header

AMARAN
Blog Ini Bukanlah Blog Celoteh, Gosip, Politik atau sebagainya! Blog ini memaparkan isu-isu dan TIPS-TIPS KESELAMATAN DAN PERTAHANAN DIRI dengan cara yang mudah dan minimalis untuk kita jadikan panduan bagi mengharungi kehidupan seharian DI BUMI YANG SEMAKIN KEJAM ini.
KEJAM? Ya! Mungkin anda sedang berada dalam Zon Selamat anda, tapi apabila Zon Selamat itu bertukar menjadi Zon Selesa, maka akan wujudnya sifat LEKA dan ALPA yang akan membawa kepada PETAKA.
NAMUN, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA
"Aku bukan PARANOID, Aku cuma inginTERUS HIDUP"
Web Counter
Visitors Since August 1 2011

nuffnang

Thursday, August 4, 2011

ASAS KESELAMATAN DAN PERTAHANAN DIRI BAB I : PENGENALAN & WASPADA

PENGENALAN   
     Setiap orang pada sesuatu ketika dan keadaan akan berhadapan dengan situasi yang tegang atau berhadapan dengan seseorang yang boleh merbahayakan dirinya. Ini boleh berlaku di rumah, tempat kerja ( mungkin dengan rakan sekerja atau bos ), pelanggan ( jika anda mempunyai kedai, warung atau anda adalah seorang salesman direct selling ), pesakit ( jika anda tukang urut, jururawat, doctor dan sebagainya ). Mungkin berlaku sewaktu anda bersukan, atau mungkin juga boleh berlaku dalam perjalanan anda ke sesebuah tempat dengan orang yang anda tidak kenali ( unfamiliar places, unfamiliar faces ).- KONFLIK

Pernahkah anda mengalami atau melihat situasi begini?
"Masihkah Kau Ingat? Masihkah Kau Ingat?... "
       Dengan meningkatkan kewaspadaan anda terhadap keadaan sekeliling, kemungkinan yang akan timbul dan penilaian terhadap segala jenis ancaman dan serangan, ianya boleh membantu anda menyelamatkan diri mahupun menyelamatkan orang lain apabila datangnya bencana dan bahaya.



PERBEZAAN ANTARA ANCAMAN DAN SERANGAN

ANCAMAN :



muka pakcik yang nganjing tu macam muka member aku
  1. Dilakukan dengan Kata-kata ( verbal ), tulisan berunsur kekerasan atau menakut-nakutkan, lucah dan kesat, amaran serta ugutan terhadap diri seseorang .
    Contohnya : “ hey #(!)@)#, beri beg duit kau ! Kalau tak aku bunuh kau, celaka !“.
  2. Pergerakkan Fizikal yang berunsur Provokasi dan Ugutan.
    Contohnya : Gerakan seakan-akan ingin mencederakan seseorang seperti seakan-akan cuba menumbuk, menampar menyepak ( dengan kaki mahupun tangan ) atau mencekik . Menunjukkan, menujukan, mengacukan atau ‘bermain’ senjata ke arah seseorang. Menetak, menghayun, membaling ,menghempas , menikam sesuatu berhampiran dengannya atau seseorang dengan objek ( cthnya batu, botol, parang, pedang, batang besi) . Seakan-akan cuba menyimbah ( dengan asid, minyak tanah mahupun air ) Menembak ke udara atau arah selain ke arah seseorang ( menggunakan pistol, senapang mahupun panah ) – Semuanya dengan tujuan menakut-nakutkan, mengugut dan memberi amaran kepada seseorang.


  • Perbuatan yang sama ertinya dengan ugut, gertak, mengacah dengan niat menimbulkan ketakutan , kebimbangan dan kadang-kala kemarahan dari diri seseorang, sesebuah kelompok masyarakat dan pada setiap benda yang bernyawa dan berperasaan.

SERANGAN :

Sesungguhnya, rasa ditumbuk di hidung amatlah sakit,. Cubalah
  1. Dilakukan dengan Fizikal .
    Contohnya menumbuk, menyepak, menerajang, menyiku, menampar, menyekik, memeluk, memegang tangan atau mana-mana bahagian badan anda dengan niat untuk menyakitkan, mencederakan, mencabul , merogol merompak mahupun membunuh anda.Cukuplah sekadar merapatkan dirinya ke badan anda atau menyentuh sedikit mana-mana bahagian badan anda. Walaupun cuit sedikit pun, ianya dah boleh dikategorikan sebagai satu serangan.
  2. Dilakukan dengan Objek .
    Contohnya menetak, menembak, membaling, menghayun, menyimbah , melempar dan sebagainya menggunakan sesuatu objek ke arah seseorang atau sesuatu.
  • Sesuatu perbuatan yang dibuat dengan niat untuk menyakitkan, membinasakan, menghancurkan , memberi kesan negatif kepada fizikal seseorang mahupun sesuatu tempat, barang dan keadaan

Malang boleh berbau, jika anda bersedia dan tahu cara untuk mengelak dan mengatasinya. Anda boleh mengubahnya. ( skema siot ayat! )



Di sini saya akan menerangkan 3 Asas Utama dalam Keselamatan dan Pertahanan Diri iaitu
WASPADA , PENILAIAN & TINDAKAN





WASPADA


BAGAIMANA UNTUK MENJADI LEBIH BERWASPADA?

              Dewasa kini anda sering terdengar pelbagai jenis jenayah yang berlaku dari segi ancaman dan serangan. Saya tidak akan meletakkan mana-mana statistic di sini kerana mungkin pada satu ketika nanti, statistik itu akan menjadi tidak relevan pulak. Maka pendedahan anda terhadap berita, statistik dan kajian kes-kes sebegini amat berguna untuk membentuk sikap waspada anda.
              Berjalan di muka bumi ini, di mana sahaja pun, anda tidak akan selamat! Percayalah. Lihatlah kes-kes yang berlaku sekarang.
  • Lelaki yang baru memasuki kenderaannya dikelar lehernya dan dihancurkan mukanya agar mayatnya sukar untuk dicam waris.
  •  Ibu mengandung ditikam sampai mati, tikaman itu menembusi bayi yang dikandungkan.
  •  Gadis yang baru pulang kerja dirogol bergilir-gilir, dibunuh dengan dipijak beramai-ramai. Mulut, kemaluan dan duburnya dituang asid agar pegecaman DNA sukar dilakukan oleh pihak Polis, kemudian mayatnya diikat dengan tilam lalu dihanyutkan di sungai. 
  • Kes ahli perniagaan diculik semasa perbincangan bersama rakan niaga yang dikenalinya kemudian dikurung , diseksa ( berkemungkinan dirogol ), dibunuh, dibakar kemudian dipotong sebelum dihanyutkan ke sungai yang berhampiran.
  •  Seorang gadis yang disamun, dirogol, kemudian dibunuh. Mayatnya pula dibakar kemudian dipotong menjadi dua bahagian.
    ( perlukan contoh visual? nah ! nak lagi? nah!)
          

           Anda mungkin adalah mangsa yang akan datang, yang akan menjadi perbualan masyarakat. Yang akan terpampang di dada-dada akhbar. Yang terkujur, terkangkang dan mungkin berbogel tatkala para forensic mengambil gambar kes itu. Anda mungkin akan mengalami keadaan seperti mana mangsa-mangsa itu telah alami di ambang maut mereka, — MENJERIT, MERAYU TETAPI TIADA SEORANG PUN YANG PEDULI!

*saya tujukan ini lebih-lebih kepada gadis-gadis, aweks-aweks, wanita. - PEREMPUAN. Bimbangnya  saya pada golongan ini, Tuhan saja yang tahu.


TAKUT?
              Bagus. Jika sekarang ni anda mula rasa takut dan mungkin risau, bermaknanya anda adalah manusia yang normal. Dengan rasa takut inilah anda mungkin akan berusaha untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang akan anda hadapi. Ianya akan membentuk ‘self defense mechanism’ secara tidak lansung. Takut bukan bererti anda lemah. Kerana takut adalah sifat mereka yang berfikir. Dengan berfikir, anda akan membuat sesuatu dengan teratur dan bersedia – WASPADA.
            Ya, takut adalah kunci untuk berwaspada, yang dihasilkan oleh pemikiran kritis dan diikuti dengan persediaan dan tindakan.

Pernah jurulatih saya berkata pada saya :

“ Di dalam suatu keadaan yang kritikal yang menguji keberanian dan kejantanan kita, sifat takut itu adalah satu senjata dalam diri kita “


TAKUT DAN BERWASPADA ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARI BERANI YANG MEMBABI-BUTA

Fikir-fikirkan.



DIRI ANDA ( Persediaan dan Penilaian Awal Diri Sebelum Konflik Berlaku )

                  Kita masih dalam tajuk WASPADA. Penilaian dan persediaan diri masih saya masukkan dalam WASPADA. Ini kerana anda tidak dapat menilai keadaan, kekuatan dan kelemahan diri dan memperbetulkan kesilapan yang dibuat oleh diri anda semasa sesebuah konflik sedang berlaku. Itu dah terlambat.
                  Contohnya, Jika anda keluar pakai selipar, maka anda terpaksalah berlari atau menerajang penyerang itu dengan selipar. Selipar takkan boleh anda tukar menjadi kasut jika anda menilai diri anda pada waktu konflik itu berlaku.
                   Maka sebelum kita masuk bab Penilaian ( terhadap tempat, keadaan dan penyerang ) adalah lebih baik kita menilai diri kita terlebih dahulu. Ini yang sepatutnya anda nilai sebelum anda berbuat sesuatu atau pergi ke sesebuah tempat.


•ADAKAH ANDA MEMPUNYAI TAHAP EQ & IQ YANG OPTIMUM DAN STABIL?


saya suka mr homer simpson!
Hahaha. Bukan bermaksud saya kata anda gila atau bodoh. EQ dan IQ yang optimum dan stabil dapat menilai dan bertindak bergantung kepada sesebuah keadaan dengan bagus!

EQ EMOTIONAL QUOTIENT : ( juga disebut sebagai Emotional Intelligence ) ukuran bagi daya dan kebolehan untuk menggunakan kekuatan emosi dan ‘cognitive thought’ dengan optimum bergantung pada situasi yang dihadapi seseorang ( pertimbangan ). Ianya merangkumi gerak hati ( intuition ) , minat terhadap sesuatu, kebimbangan, kreativiti, fleksibiliti pemikiran, kebolehan menghadapi dan mengawal tekanan (stress management), intergriti, kepimpinan seseorang. Kebolehan mencipta, mengenal dan mengawal perasaan sendiri dalam menilai sesebuah persoalan dan situasi untuk membuat sesuatu keputusan. Ianya membabitkan fungsi bawah dan tengah otak : Limbic System. Kebolehan untuk menilai segala yang berlaku pada sesuatu masa dalam keadaan sekeliling kemudian mentafsirkannya sebagai ancaman atau sebaliknya.

IQ INTELLIGENCE QUOTIENT: IQ adalah ‘unit ukuran’ kebijaksanaan seseorang. IQ digunakan untuk mengukur Cognitive Abilities ( daya dan kebolehan otak seseorang untuk memahami dan berfikir utk bertindak mengikut situasi kecil, besar, susah mahupun senang ).Kebolehan untuk memahami sebuah situasi yang baru dan memahaminya. Kemampuan seseorang untuk mengaplikasi sesuatu ilmu yang telah dipelajarinya pada sebuah permasalahan yang timbul. Ianya membabitkan fungsi neo cortex atau bahagian atas otak.

Jika anda mempunyai masalah EQ dan IQ, anda mungkin:

  •  mungkin anda tak ingin, tak minat untuk membaca artikel ini ( tiada perasaan ingin tahu kerana tidak terasa takut ,bimbang tentang keselamatan diri anda : EQ ),
  •  tak dapat membaca dan mungkin takkan faham apa yang saya tulis ( tidak dapat mengeja, menilai dan tidak boleh berfikir justeru tidak memahami tentang langkah-langkah keselamatan diri dan tidak memahami langkah-langkah yang patut anda lakukan : IQ )

Oleh kerana anda telah membaca sampai di sini, maka saya anggap anda tidak mempunyai masalah EQ dan IQ.. TAHNIAH!! hahaha

****Ada orang kata Keyakinan terletak di hati ( EQ lah tu maksudnya ) Tapi saya menyangkal kata-kata itu . Ini kerana Keyakinan yang sebenar dan yang sepatutnya wujudnya dari persediaan, ilmu, teknik dan taktik dari pengalaman, mengenal dan memahami kemampuan sebenar diri ( ini semua dinilai dan diproses oleh IQ ). Inilah punca keyakinan sebenar.
       Apa yang meyebabkan sesetengah orang tidak yakin dan takut untuk membuat sesuatu yang lasak contohnya Bungee Jumping, Flying Fox mahupun men’Drift’ kereta? Ini kerana mereka tidak memahami, mempelajari atau mempunyai ilmu pengalaman dan ‘alternative technique’ ( ini semuanya berkaitan dengan IQ ) tentang sesuatu perkara yang dianggap tidak yakin dan takut tersebut.

- Maka sekarang cuba pula fikir, adakah fikiran dan emosi anda dapat dikawal dan berfungsi dengan baik apabila anda berada di bawah tekanan yang tidak akan anda sangka?




• APAKAH TAHAP KESIHATAN FIZIKAL ANDA?


     Adakah anda mempunyai penyakit seperti lemah jantung? Semput? Tekanan darah tinggi? Sawan? Atau adakah anda rabun mata? Buta warna? Sejauh mana dan setajam manakah penglihatan anda? Bolehkah tekak dan mulut anda mengluarkan suara yang kuat pada ketika itu? Bagaimanakah tahap pendengaran telinga anda? Adakah kaki dan tangan anda tidak terkehel atau tulangnya patah? Bagaimanakah tahap stamina anda? Mampukah anda berlari dengan laju?
                           
Amalkan gaya hidup sihat - sebelum terlambat.
      Ini adalah antara soalan-soalan yang patut anda fikirkan berkaitan dengan kesihatan badan anda. Maka jika anda mempunyai masalah tentang kesihatan, maka adalah lebih baik jika anda fikir sekali lagi untuk berbuat sesuatu dan pergi ke sesebuah tempat.
       Dikhuatiri tahap kesihatan anda akan menjadi titik kelemahan yang akan digunakan oleh pihak lain dengan tujuan memperdaya dan merbahayakan diri anda.

*** Perbandingan yang kejam : Lebih senang meragut orang yang tempang berbanding orang yang sihat. ( tanpa prejudis )


" Mari rapat. Aku tampo korang sampai berbuih! "
• ADAKAH ANDA MEMPUNYAI ASAS PERTAHANAN DIRI?

      Ada? Tiada? Ada? Hmmmm.. Jika ada, amat baguslah.! Sekurang-kurangnya anda boleh mengikut teknik dan taktik yang anda telah belajar dan yang selesa dengan anda. Tapi jika tiada pun takpa, anda masih boleh menggunakan gerakan reflex anda sebagai salah satu teknik yang berkesan.
       Namun harus diingat, adakah anda sentiasa bersedia? Seni mempertahankan diri yang jenis macamana anda belajar? Sentiasa bersedia, anda tidak boleh mentakrifkan setiap musuh dan penyerang itu sama. Mungkin penyerang itu mempunyai senjata dan teknik yang lebih ‘advance’ yang tidak boleh kita atasi dengan seni mempertahankan diri kita yang pernah kita belajar?
        Bak kata orang, Prepare for the worse. Jangan kail panjang sejengkal nak diduga kapal selam Scorpene yang tak nampak di dasar laut tuu. Macam-macam boleh jadi.
         Aplikasikan ilmu anda bergantung kepada keadaan, situasi dan individu yang sesuai. Macam mana nak tahu ianya sesuai atau tidak? Berbalik kepada tahap penilaian yang dibuat oleh IQ & EQ anda.


• APAKAH PAKAIAN ANDA?


     Adakah anda selesa dengan gaya pemakaian anda? Adakah materialnya kukuh, tidak senang koyak jika berlaku apa-apa? Adakah pakaian anda menjadi tarikan kepada orang di sekeliling anda?
     Sebut pasal tarikan, saya percaya semua orang - lebih-lebih lagi wanita memang suka dipandang cantik.. maka cantik pula boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Cantik sopan, cantik seksi, cantik menawan dan sebagainya.
    Namun semuanya perlulah kena dengan tempat dan orang yang kita jumpa. Takkanlah nak pakai skirt pendek dan tumit tinggi jika berjalan di kawasan yang sunyi? Dah gila?
    Pakaian anda merupakan first-impression pemangsa terhadap anda. Dari situ anda akan dinilai sama ada anda ni easy target atau sebaliknya.
     Adakah seluar anda terlalu ketat untuk anda berlari mahupun memanjat jika anda dikejar anjing ? ( hah, itu baru anjing, belum yang lain lagi! ). Adakah seluar anda terlalu baggy? Adakah anda selesa untuk bergerak dengan saiz dan rekabentuk kasut anda? Adakah ianya terlalu ketat atau terlalu longgar hingga boleh tertanggal apabila berlari?

klik untuk
klik untuk tengok


***Perbandingan yang kejam : Lebih senang untuk merogol perempuan yang berskirt atau berkain berbanding perempuan yang memakai seluar. Fikir-fikirkan.

















Awek-awek, Gunakan kasut tumit tinggi anda dengan sebaiknya!




• APAKAH SENJATA ANDA?  


     Apakah yang anda bawa bersama atau apa apa yang anda pakai? Cincin Berlian, Cincin Batu, Pemetik api, Pen, Duit syiling, Sanggul, Cekak rambut ( yang keras tu ), Kasut But, kasut Tumit tajam, Jam Tangan ( lebih-lebih lagi yang seketul besar dan tahan lasak cthnya jam tangan G-shock ), Beg Tangan, Briefcase, Beg Laptop, Tali Pinggang.. mahupun tudung yang berasaskan selendang - Ini semua boleh dijadikan senjata.

     Dengan syarat, EQ dan IQ anda mestilah berfungsi dengan baik dan dengan teknik dan taktik yang betul terhadap sesuatu senjata itu berdasarkan keadaan tersebut kerana senjata yang paling berguna ketika berhadapan dengan situasi begini adalah AKAL DAN GERAK HATI. Jika tidak, diberi senapang AK47 pun, belum tentu anda dapat menewaskan musuh yang hanya menggunakan pisau cukur.


** tentang Senjata, Insyallah saya akan huraikannya dalam satu entri yang lebih mendalam. Sabo beb.

   AKAL ADALAH SENJATA YANG PALING MERBAHAYA. TANPA AKAL, SENJATA HANYALAH SATU OBJEK BIASA




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sekian sahaja entri OP ini. Berjumpa lagi dalam OP yang akan datang
next OP:
ASAS KESELAMATAN DAN PERTAHANAN DIRI
( BAB II : PENILAIAN & ZON KONFLIK 1)
AZMAN NAIM
44



6 comments:

  1. bang nasss!!! thanx bang 4 the support!!

    ReplyDelete
  2. kau punya entry ni sangat informative. kau dah wujudkan satu niche untuk blog ko, iaitu survial dan self-defense. syabas! pasal AKAL dan GERAK HATI tu aku setuju, aku pernah terbaca interview dengan jet li dalam majalah men's health . dia cakap, bila berdepan dengan keadaan bahaya, apa yang penting adalah reflex dan instinct ko. teknik ke apa semua, itu 2nd. takkan ko nak kejar perompak ko buat capoeira depan dia?

    ReplyDelete
  3. @irshad, thanx so much bro. sbb nak cerita baba lain, aku mana reti sangat. hah kalo bab ni, tau le sket2..! yup, cara yang paling terbaik adalah ikut natural reflex, sbb manusia mmg dah ada self defense mechanisme secara biologi dan psikologi sejak azali..

    hahahhahahaha kejar perompak siap capoeira : skill ada tapi akal xdak ( sbb x leh mengaplikasi dgn betul hahaha )

    ReplyDelete
  4. Very informative... Dis is awesome.ak suke penulisan ko..

    ReplyDelete
  5. @ana admi, thanx so much beb. hihih aku main balun je ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...